"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Ain lembut sambil membetulkan pakaian Izzat. Izzat tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Izzat mencubit pipi Ain lembut."Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni."Ain hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anakmereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?""Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Izzat berkata kepada isterinya tercinta.Perjalanan daripada KL ke Pasir Gudang,Johor mengambil masa lebih kurang empat jam.Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Ain. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Izzat berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Izzat menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Izzat semakin seronok. Izzat dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Proton Waja nya mula memecut. Izzat cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Izzat masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur."Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Ain terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Ain takut." Ain cuba memujuk Izzat supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Ain?tak ada apa-apa," Izzat terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Izzat setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Sayang tengok abang motong dia aaa...." Izzat terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Izzat terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!"
Izzat....bangun Izzat," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Izzat membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Ain mak? Macammana dengan Ain mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Izzat menyoal emaknya. Izzat tak dapat menahan kesedihannya lagi. Izzat menangis semahu-mahunya di depan emaknya.Emaknya memandang Izzat tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Izzat mak,Ain?" Izzat masih terus menangis.
PANGGG!! (Hambik ko!!)
Kepala Izzat yang kemas itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Izzat terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.......Dan Izzat tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Raya yang bakal menjelma ini Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi...hehehe...
p/s: Watak di atas tidak ada kene-mengena pada yang hidup atau yang sudah mati....Hmm mungkin ada kena sikit la... Kepada sesiapa yang terasa jangan cube merasa...bahaya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan