Sabtu, 12 Disember 2009

My new nephew!!! baby Boy....

Pada 9/12/2009 kakak aku telah melahirkn seorang baby boy....hehehe....anak die edisi keenam...umurnye baru la 2 hari dan belum ade name lg...jadi aku panggil die Ahmad Albab je...hehehe.. buat Ahmad Albab...Selamat datang ke keluarga kami.....








Die dilahirkan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru... kakak aku masuk dewan bedah pada pukul 3.40pm dan keluar dari dewan pada pukul 6.30pm...lama sangat menunggu tu...nasib baik waktu abez melawat pukul 7...jadi sempat la tengok baby boy...hehehe... aku bagi pujian la pada layanan dokter dan jururawat2 kat hospital tu...Fuh!! layanannye memang bagus skali....terutama jururawatnye lah..sumenye lembut2...sentiasa murah dengan senyuman... 5 Star la aku bg mereka....hmm.. Pada Kakitangan Hospital sultan Ismail aku ucapkan terima kasih dan kekalkan layanan baik anda pada semua........






/>




Sabtu, 21 November 2009

Untuk Perempuan..

Anak-anak zaman sekarang memang bijak belaka dan suka berfikiran secara logik. Walau apa pun petua orang tua zaman dulu mesti ada sebabnya kalau tidak takkan jadi warisan turun temurun.

Kata emakku;
“jangan berlagu bersama tungku
jangan berirama bersama belanga
jangan bernyanyi bersama kuali.”

Nanti,
kau nikahi suami tua
kau digelar nenek muda
cepat pula mewarisi pusakanya

Aku diam, patuh.

Kata emakku;
“membela engkau seorang
bagai menternak kerbau sekandang
ditinggal sendiri makan di padang
kuambil bila sahaja petang.”

Lain pula si daraku;
kalau dibiar, dicekup jantan
ramai orang bertukar syaitan
banyak musang berbulu ayam

Aku diam, patuh lagi.

Kata emakku;
“jangan jadi telaga
terhegeh mencari timba
nanti apa orang kata
mana nak letak muka?”

Engkau perempuan,
pasti datang rombongan
dirisik, dipinang, bertunang
tunggu sahaja naik ngajangan

Dan, aku sudah mula bersuara:
“sekarang zaman Indah Water
zaman water cooler, water heater
tiada lagi timba-telaga
beli saja water filter”

Ini era pili-sinki
sudah masanya mencari sendiri
asalkan itu jodoh serasi
asalkan itu calon berkualiti

Maaf emak,
kulintangi pesanmu itu
asal kau punyai menantu
yang tidak bertaring hantu

Dan,
emakku pula terdiam
lalu jawapnya;
“betul juga, ya”

Ibarat Pinggan..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Jumaat, 20 November 2009

Hukum Masuk Gereja..

Hukum Masuk Ke Gereja
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

Yang Mutlak Diharamkan

Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:

"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

Jumaat, 23 Oktober 2009

Satu Kisah........

"Lina...aku betul-betul suka kat kau," kata Cikgu Rahman kepada Nurhazlina,cikgu manis yang mengajar pelajar tahun 2.Cikgu Lina mengangkat kepalanya.Merenung dalam mata Cikgu Rahman.Sunyi.Tajam mata Cikgu Lina menusuk dalam mata Cikgu Rahman.

"Apa dia?" tanya Cikgu Lina.

"Aku betul-betul suka kat kau,Lina," jawab Cikgu Rahman,gagap.

"Ok,tapi ada syaratnya.I nak kita suka sebagai kawan,sahaja,tak boleh lebih dari tu,"jawab Lina,tegas.

"Errr...ok..I boleh accept apa yang u mintak," jawab Cikgu Rahman.

"Dan lagi satu...kita boleh keluar dating,kita boleh keluar dinner,kita boleh gi shopping,tapi..." sambung Cikgu Lina.Cikgu Rahman terdiam.

"Walaupun kita buat benda sama-sama lepas ni,I tak nak u labelkan I gelfren u.I tak suka u admit u boyfriend I dan I tak wish u yang akan jadi husband I.Setuju?" tanya Lina.Tergamam sekejap Cikgu Rahman.Dalam hatinya walaupun sedikit terkejut tapi dia sangat gembira kerana Cikgu Lina memberikan respons juga.

Sudah terlalu lama Cikgu Rahman memendam hati,merindui Cikgu Lina dari jauh.Tanpa berfikir panjang,mungkin kerana sudah terlalu gembira untuk menjadi lelaki idaman Cikgu Lina,pantas Cikgu Rahman menjawab,"I setuju!" ; mengharapkan agar mungkin hati Cikgu Lina akan berubah dimakan waktu. Sedar tak sedar,Cikgu Rahman melakukan kesilapan pertama dalam permulaan diari cintanya yang masih teruna....

Apekah kesalahannya..??

Pengaruh FACEBOOK Dalam Kehidupan Umat Islam Masa Kini...

Dah kritikal macam ni.......

Rabu, 21 Oktober 2009

Ada Orang Sayang Awak........

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Selasa, 20 Oktober 2009

Perginya Ayahanda Kakak Aku....

Pada 18 Oktober 2009 yang lalu telah perginya ayahanda tercinta buat kakak aku...
Haji Mohd Yunos Bin Ahmad... Beliau meninggal dunia akibat serangan strok secara tiba-tiba... Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.....

Al-Fatihah...........




Buat pengetahuan semua aku dan kakak aku adalah adik bradik tiri dan aku telah menganggapnya seperti saudara kandungku sendiri..... aku sayang kakak dan abang aku....

Sabtu, 17 Oktober 2009

Live Journey in 2009....

Perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2009 amatlah memenatkan dan menyeronokkan..... apa yang memenatkan ialah dengan adanya tuntutan kerja yang perlu di dilaksanakan oleh aku.....aku banyak pergi ke luar negeri(bukan luar negara tau) atas sebab kerja atau kursus.. dan yang menyeronokkan pula sepanjang kerja di luar aku sentiasa dapat melihat panorama indah di malaysia.......





udang di sabah...


hotel yang kami duduki di hari pertama di sarawak... 2 kawan gurlz kat blakang tu yang tolong chek in kan...yang lelaki kena angkat bagasi...hampeh....


tune hotel di sarawak..


selamat datang ke sarawak....



sungai sarawak...


hotel yang aku duduk kat sarawak..hari terakhir mase tu...


bagunan dewan undangan negeri di kuching sarawak...


tandas paling kotor yang aku pernah masuk selain tandas sekolah....hehehe..
kat kuala lumpur...


restoran mamak yang paling mahal di perak...


menara condong di perak..


cendol leman dawi kat negeri sembilan.... yang masuk majalah tiga tu.... memang sodap cendolnye....


kat airport kota kinabalu sabah...


hotel yang kami duduk di sabah...promenade hotel...


laut di sabah...


sabah negeri yang kaya dengan mutiara dan kristal....


aku pernah bagi bella satu kristal tp dia pegi ilangkan la...hampeh!!..hehehe...


penduduk di kawasan pedalaman telupid sabah...sumandaknya cantik tu...putih2...hehehe...


masjid di sandakan sabah...best semayang kat sini...

kawasan pedalaman yang aku masuk...


rumah yang kami duduk...di sabah..


dalam perjalanan ke telupid sabah...


dalam bas di sabah...6 jam tu perjalananannya...


tu gunung kinabalu...disebalik awan...


nampak...


cantik kan gunung kinabalu tu...


pic terbaik yang dapat aku amek...


pemandangan dari belakang bas...gunung tu memang cantik....


perhentian bas di inanam sabah......


sungai sarawak dari atas hotel...


kuching sarawak.....




pasar di sarawak...kebanyakkannye orang indonesia yang jual....


gunung sana tu ialah daerah puntianak indonesia...


pasar di sarawak...


restoran mamak yang paling mahal aku pernah pegi di ampang, kuala lumpur...


dpan suria klcc...


pic terbaik yang aku amek....


kuala lumpur....


di dalam klcc....aku telah pergi ke kuala lumpur sebanyak 28 kali dalam hidup aku...cume 8 kali je aku masuk klcc...


cantik tp tak best....


pic dlam keta...


aku knal sangat ngan pempuan tu...die je tak knal aku.....


ketika di lapangan terbang antarabangsa kuching sarawak...mase ni baru sampai...




ketika di lapangan terbang kota kinabalu sabah.....



ketika di lapangan terbang sultan ismail johor bahru...


ketika di lapangan terbang bayan lepas pulau pinang.........


di dalam lapangan terbang sultan ismail...



jalan jauh memang best tp tak dapat berjalan sangat...sibuk uruskan kerja...apa boleh buat dah jadi tanggungjawab.....apapun memang seronok... aku harap zaman bujang je la dapat kerja luar...da kawen nanti kerja dekat ngan isteri...hehehehe.......
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring