Jumaat, 23 Oktober 2009

Satu Kisah........

"Lina...aku betul-betul suka kat kau," kata Cikgu Rahman kepada Nurhazlina,cikgu manis yang mengajar pelajar tahun 2.Cikgu Lina mengangkat kepalanya.Merenung dalam mata Cikgu Rahman.Sunyi.Tajam mata Cikgu Lina menusuk dalam mata Cikgu Rahman.

"Apa dia?" tanya Cikgu Lina.

"Aku betul-betul suka kat kau,Lina," jawab Cikgu Rahman,gagap.

"Ok,tapi ada syaratnya.I nak kita suka sebagai kawan,sahaja,tak boleh lebih dari tu,"jawab Lina,tegas.

"Errr...ok..I boleh accept apa yang u mintak," jawab Cikgu Rahman.

"Dan lagi satu...kita boleh keluar dating,kita boleh keluar dinner,kita boleh gi shopping,tapi..." sambung Cikgu Lina.Cikgu Rahman terdiam.

"Walaupun kita buat benda sama-sama lepas ni,I tak nak u labelkan I gelfren u.I tak suka u admit u boyfriend I dan I tak wish u yang akan jadi husband I.Setuju?" tanya Lina.Tergamam sekejap Cikgu Rahman.Dalam hatinya walaupun sedikit terkejut tapi dia sangat gembira kerana Cikgu Lina memberikan respons juga.

Sudah terlalu lama Cikgu Rahman memendam hati,merindui Cikgu Lina dari jauh.Tanpa berfikir panjang,mungkin kerana sudah terlalu gembira untuk menjadi lelaki idaman Cikgu Lina,pantas Cikgu Rahman menjawab,"I setuju!" ; mengharapkan agar mungkin hati Cikgu Lina akan berubah dimakan waktu. Sedar tak sedar,Cikgu Rahman melakukan kesilapan pertama dalam permulaan diari cintanya yang masih teruna....

Apekah kesalahannya..??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring