
Ceritanya mcm ni...Korang tahu kan ayah aku bawak bas awam kat Pasir Gudang ni..Dengan bas itulah yang membantu ayah aku membesarkan aku ngan fami sampai besar macam tiang gol ni....Pada bulan 1 yang lepas ketika aku sedang membantu ayah aku membersihkan basnya...(kira anak soleh la ni..hehehe) aku telah mengambil satu sampah berbalut plastik dan aku tak tahu isinya...aku main ambik dan nak buang akan tetapi tiba-tiba ada sesuatu benda yang mencucuk tepi tapak tangan aku ni...alangkah terkejutnya aku apabila benda yang mencucuk itu adalah JARUM SUNTIKAN PENAGIH DADAH!!! atau lebih dikenali dengan nama PICAGARI...aku memang syak memang penagih punya la...takkan dokter punya kot.... waktu tu memang aku terkejut giler la,aku terus tarik jarum tu dari tangan aku...memang dalam tercucuknya...lebih kurang suku inci terbenam kat tapak tangan aku ni....dan apalagi darah pun memancut keluar... aku pun pegi la cuci tangan tapi darah tetap tak berenti keluar...dalam 15 minit baru slow2 darah tu berenti...
Malam tu juge aku pergi ke Klinik Aida kat Kota Masai ni (Pembantu dokternya manis sekali..hehehe...) dokter pun suruh aku amik ujian HIV dan Hepatitis B... Terkejut gak aku dengar dokter suruh amek ujian tu...aku tak sangka pulak sampai ke tahap HIV ni... Macam nak menangis aku dengar(padahal dah nangis..),yela benda HIV ni bukannya boleh buat main2....aku pun ikut la cakap dokter..akhirnya keputusan darah pun keluar dan jawapan memang NEGATIF...(not detected)..
Dokter kata virus Hiv ini boleh merebak dalam jangka masa yang lama baru kita dapat tahu....sampai 6 bulan tempoh diberi dokter...dokter ni memang buat aku sakit hati je...dah la aku susah hati,die punya cerita pulak buat bertambah susah hati aku ni.... akhirnya dia suruh aku rujuk ke Hospital Sultanah Aminah JB... memang perit la lalui hari2 yang mendatang...nasib baik ada kawan yang sentiasa menyokong aku.... mak aku cakap tak usah la takut sebab aku bukannya buat benda yang tak senonoh.... dengan sokongan semua pihak aku bertenang juge... Ketika tu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu...aku memang berserah segala-gala padaNya...rasa keinsafan itu muncul pada aku....aku terasa bagai esok hari matinya aku....segala dosa yang telah aku lakukan selama ini aku kenang dan aku betul2 insaf....aku menyesal!!!!! Ampunkan aku ya Allah!!!! aku terasa adakah ini balasan yang aku terima atas dosa2 yang aku lakukan selama 19 tahun hidup aku ni.. aku memang rasa yang aku akan kena HIV atau Hepatitis B.. Sepanjang 6 bulan aku tunggu untuk ujian darah kedua aku banyak mencari maklumat tentang HIV dan Hepatitis B ini.... Semua maklumat yang aku dapat ada menyatakan ELAKKAN DARI TERKENA JARUM SUNTIKAN TERBUANG...... Aku rasa macam hidup aku ni dah sampai hujungnya....aku hanya ada Mak,ayah,adik beradik,kawan dan Allah tempat aku mengadu.....memang tak dapat aku ceritakan hari2 yang mendatang...
6 bulan pun berlalu...hari yang ditunggu telah tiba...aku ke klinik dengan rasa berat hati dan tawakal sepenuhnya pada Allah... aku ambik ujian darah HIV dan Hepatitis di klinik...aku disuruh tunggu selama 7 hari baru keputusan darah itu keluar... sampai masanya aku pun terima panggilan dari pembantu dokter..katanya keputusan ujian darah dah keluar dan dokter nak jumpa... aku pergi jumpa dokter dengan penuh ketakutan dan dia bagi aku keputusan darah tu... korang boleh tengok keputusan tu kat bawah ni....
aku cropkan sikit...bagi nampak...Alhamdulillah..............itulah ayat pertama yang keluar dari mulut aku selepas tengok keputusan darah aku...aku bersyukur sangat2 sebab tiada ape2 yang berlaku...ya Allah memang aku bersyukur sangat2.....gembira tak terkata aku... aku ucapkan terima kasih pada semua yang menyokong dan membantu aku...hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya jasa kalian.... aku bersyukur sangat2.....
aku harap pada sesiapa yang bace cerita ni tidak membuat sebarang andaian yang buruk pada aku...sesungguhnya ini semua adalah qada dan qadar dari Allah s.w.t untuk aku...

aku harap pada sesiapa yang bace cerita ni tidak membuat sebarang andaian yang buruk pada aku...sesungguhnya ini semua adalah qada dan qadar dari Allah s.w.t untuk aku...




















