
Abdul Basir adalah seorang sahabat aku yang baik... Aku dan dia kenal sewaktu di tingkatan 1 lagi sewaktu aku bersekolah di SMK Pasir Putih.. Basir adalah lelaki yang baik dan kelakar orangnya... Kami selalu bergurau dan suka mengusik budak-budak sekolah yang lain... Basir tinggal di Felda Cahaya Baru, satu kegemaran dia yang tak boleh aku lupa ialah dia suka membela ayam... Dia selalu ceritakan padaku tentang ayamnya.. Hmm kadang-kadang ada juga aku tak bersefahaman dengan dia tapi kami tetap cool je... Tempat aku dan dia di dalam kelas sentiasa sama iatu kami duduk bersebelahan dari tingkatan 1 sampai 3... Namun setelah tamat PMR dia dapat masuk asrama... Dari situ aku dan dia terpisah.... Kadang-kadang 2,3 bulan sekali baru ada aku hubungi dia... Dan akhirnya beberapa bulan yang lalu aku mendapat berita bahawa dia telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.. Pabila aku bertanya pada kawanku bagaimana keadaan dirinya aku amat terkejut apabila kawanku beritahu bahawa dia telah meninggal di tempat kejadian... Aku terdiam dan air mata tak dapat aku titiskan...Aku terkejut sangat-sangat seperti tidak dapat mempercayainya... Sehingga beberapa temanku memberitahu aku berita yang sama baru aku dapat menerima pemergiannya... Sesungguhnya Allah s.w.t lebih menyayanginya di usianya yang amat muda... Dia telah pergi sebelum aku dan perginya tidak kembali lagi.. Semoga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman..
Basir... Jika kau dapat melihat tulisanku ini aku amat menghargai hubungan persahabatan kita selama ini.....Kaulah sahabatku dunia dan akhirat..Aku pasti dan yakin kita akan berjumpa lagi....
Salam dari sahabatmu... Ahmad Fairuz Izzat........
Buat pengetahuan sahabat yang lain basir telah mengalami kemalangan jalan raya ketika pulang dari kerja..Kemalangan berlaku berhampiran Taman Cahaya Masai berhadapan dengan Politeknik Johor Bahru..
Al-Fatihah buat dirinya...
Teman..
Betapa pilunya hati..
Menghadapi perpisahan ini..
Pahit manis perjuangan..
Telah kita rasa bersama..
Semoga Allah meredhai...
Persahabatan dan Perpisahan ini...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan