Antara Cinta dan Persahabatan…
Andainya diriku diberi pilihan untuk memilih kedua-duanya..
Akan ku pilih kedua-duanya…
Kerana bagiku ia same erti dan bernilai dalam hidupku…
Cinta…
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya..
Kerana disebalik keindahan cinta itu tersirat seribu kepahitan…
Pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pencinta tatkala ikatan diundang kekecewaan…
Namun, ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan…
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini..
Tak terungkai dengan bicara di bibir…
Tak tergambar dengan lakonan…
Begitu syahdunya kurniaan ilahi…
Lahirnya dari hati seorang insan berakal..beremosi..penyayang dan berperasaan…
Persahabatan…
Satu ikatan yang lahir dari hati…
Keinginan yang ikhlas bagi berkongsi tangis..tawa..kasih sayang serta keakraban..
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya..
Tentang impian dan pengertian hidup ini…
Persahabatan yang murni dan suci adalah sebuah hubungan yang disulami dengan benang kejujuran…
Diwarnai dengan keikhlasan…
Dicurahi dengan kasih sejati…
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan..
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan…
Teman yang budiman…
Mengertilah maksudku ini…
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku sejak perkenalan kita..
Kita bina tugu persahabatan…
Yang dipagari besi kedewasaan…
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita…
Tak tumbang dek rintangan..
Hanya satu pintaku…
Agar sentiasa mengingati diriku…

Fairuz Izzat...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan